Ticker

6/recent/ticker-posts

EXCO SUKAN CADANGKAN FESTIVAL BOLA SEPAK ANTARA POS ORANG ASLI

Oleh: Norzana Razaly

NENGGIRI, 14 Ogos – Exco Sukan YB Zamakhshari Muhamad memaklumkan pihaknya bercadang untuk menganjurkan festival bola sepak orang asli. 

Katanya, ada dua sukan yang orang asli di Gua Musang minati iaitu bola sepak dan sepak takraw. Namun sayangnya mereka tidak berpeluang untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi. Hanya setakat bermain di kampung sahaja.

Oleh itu, pada peringkat permulaan beliau  merancang untuk mengadakan permainan bola sepak antara pos orang asli. Kemudian pasukan yang menang, layak bertanding merebut Piala Menteri Besar.

“Pada masa yang sama, kita boleh tengok bakat-bakat dalam kalangan mereka yang berpotensi bermain ke peringkat lebih tinggi,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Liga Elit DUN Nenggiri di Balai Raya Pejabat Penggawa Bertam Baru pada Selasa.

Tambahnya, beliau sudah pun mengemukakan syor tersebut kepada belia orang asli dan telah mendapat respon positif daripada mereka.




Post a Comment

0 Comments