Ticker

6/recent/ticker-posts

FIESTA TEATER STEM KELANTAN BERMULA HARI INI


Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 28 Ogos – Persatuan STEM (Science Technology Engineering & Mathematics) Kebangsaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan menjalankan Program Mini Teater STEM di Sekolah-sekolah di Kelantan. 

Sehubungan itu Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Wan Roslan Wan Hamat mempelawa orang ramai memeriahkan program tersebut yang  sedang berlangsung sekarang sehingga esok di Dewan Yayasan Islam Kelantan, Tunjong.

Katanya, salah satu objektif program yang bermula pada pukul 8.30 pagi ini hingga 5.30 petang esok  adalah mengukuhkan kemahiran dan pengetahuan STEM dan strategi dalam menghasilkan dan memasarkan produk inovasi ke dalam pasaran. 

"Program ini disasarkan kepada pelajar-pelajar golongan B40. Antara pengisiannya ialah Program STEM Pitching Fiesta Mini Teater STEM Kelantan Tahap 3 Kohort 1 dan pameran produk inovasi yang dijayakan oleh 10 kumpulan yang diberi masa 10 minit untuk membuat demonstrasi produk inovasi dan menjawab soal panel juri," jelasnya.

Post a Comment

0 Comments