Ticker

6/recent/ticker-posts

Klip video dikir barat lama sengaja ditular semula

KOTA BHARU: Kerajaan negeri kesal klip video dikir barat tidak senonoh dengan menyaksikan artis wanita ditular semula biar pun tindakan sudah diambil terhadap pihak terbabit.

Timbalan Menteri Besar Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, setelah disiasat persembahan dikir barat itu berlaku setahun lepas dan telah diambil tindakan.

Katanya, persembahan tersebut mencacatkan nilai tradisi Kelantan dan merosakkan seni warisan dikir barat. 

“Jangan sesekali merosakkan warisan yang kita. Murnikan kembali identitinya sebagaimana asal. Semua pihak mesti mengambil tanggungjawab. 

“Perbuatan segelintir pihak yang tidak bertanggung jawab tidak boleh dibiarkan. Sangat dibimbangi ia akan menjadi sebahagian dari budaya anak muda kita. 

“Jagalah nama baik negeri kita sebagai negeri yang beragama. Sambutlah seruan kerajaan untuk membangunkan negeri dengan nilai dan acuan Islam,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya.

Sebelum ini tular persembahan dikir barat yang turut menampilkan kehadiran artis wanita berpakaian kurang sopan dan aksi anak muda menari di pentas.  

Dr Fadzli juga berkata, kerajaan negeri tidak akan membiarkan perkara seperti itu menular. 

Kata beliau sesiapa yang ada maklumat perlu bekerjasama dengan pihak penguasa bagi membolehkan tindakan diambil.

“Apa pun kita kena akui perkara sebegini jika tidak dikawal akan menjadi penyakit yang membarah dalam masyarakat. 

“Merosakkan golongan muda yang merupakan tiang turus kekuatan keluarga dan negara. Mencemar dan mencalarkan imej negeri. Menjejas dan mencabar usaha Kerajaan Negeri untuk menjayakan program Komuniti Rabbani (K-Rabb),” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments