KOTA BHARU: Masih adakah kaum majoriti yang tidak belajar daripada sejarah di mana suatu ketika dahulu, nenek moyang kita menguasai tanah air sehingga ke Thailand.
Di selatan menguasai sehingga ke Indonesia yang menggambarkan kegemilangan kerajaan Melaka, namun malangnya sekarang hanya tinggal glori sejarah.
Pengerusi Biro Pendidikan Putra Perkasa Negara Mohd Nasir Othman berkata, kerajaan 22 bulan yang didominasi DAP sebelum ini, kini menjadi tunggak sekali lagi bersama kerajaan Madani.
Katanya sebelum menerajui kerajaan mereka merupakan pembangkang yang lantang.
“Apa sahaja tadbir urus kerajaan terdahulu semuanya tak kena bagi mereka.Sekarang mereka adalah ‘big brother’ dan ‘king maker’ dalam kerajaan Madani.
“Sedikit demi sedikit mereka dapat memenuhi aspirasi perjuangan untuk kepentingan kaum mereka,” katanya pada kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata, sepatutnya perjuangan membina negara bangsa untuk kesejahteraan rakyat berbilang kaum supaya dapat hidup harmoni dan aman damai.
Menurutnya apa motif pihak terbabit menolak Bahasa Melayu, mempertikai keistimewaan orang Melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan yang terkandung dalam Perlembagaan.
“Sebaliknya pihak terbabit memperjuangkan sekolah vernakular, mempromosi fahaman sekularisme, liberalisme dan Bahasa Mandarin.
“Rakyat majoriti merasai seolah dijajah kaum minoriti terpaksa mengikut telunjuk mereka. Alasannya mereka menguasai ekonomi sebagai kartel politik,” ujarnya.
0 Comments