Ticker

6/recent/ticker-posts

Pentaksub PH-Umno cuba tutup kegagalan kerajaan Madani


KOTA BHARU: Penulis pentaksub PH-Umno tidak perlu menutup kegagalan pentadbiran kerajaan Madani kerana ia sudah tersebar luas di segenap pelusuk negara.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Mohamad Kamal Mohamed berkata, paling nyata kegagalan tersebut dirasai rakyat di semua peringkat rakyat kecuali pentaksub PH-Umno-DAP. 

“Ibarat cuba menegakkan benang yang basah sehingga ada pentaksub parti itu sanggup memaki hamun Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk memutup kelemahan pimpinan mereka,” katanya di sini. 

Baru-baru ini seorang penulis Hasmi Hashim pada komentar yang disiarkan Malaysiakini menyifatkan Presiden PAS sudah terlalu tua untuk disedarkan atau dapat berubah. 

Menurutnya sejak muda usia pemimpin terbabit terbiasa mengkafirkan pihak yang tidak sehaluan. 

Mohamad Kamal berkata, penulis terbabit sedang hanyut dalam amarah emosi sehingga dengan mudah melabelkan dan maki hamun orang yang tidak sehaluan pandangan. 

Kata beliau hanya kerana kritikan pedas Tuan Guru Abdul Hadi yang mewakili suara rakyat merasai beban kos hidup ekoran polisi kerajaan Madani sekarang.

Selain itu, pengulas juga menghina rakyat miskin dan orang kebanyakan yang kononya mudah termakan hasutan. 

“Mungkin beliau lupa rakyat mereka lah nanti akan mengadili kerajaan sama ada benar-benar mampu mentadbir atau hanya cakap kosong, apa lagi berbohong. 

“Berkatalah benar walaupun pahit untuk ditelan kerana kebenaran adalah suatu tuntutan,” ujarnya. 

Beliau juga mencabar penulis terbabti memberi bukti yang menunjukkan Tuan Guru Abdul Hadi mengkafirkan orang lain. 

“Atau pengulas terkhilaf dengan tindakan memberi peringatan supaya tidak berlaku kekufuran dengan sebab tingkah laku atau perbuatan atau ucapan dalam siri-siri pengajian akidah,” ujarnya.

Beliau juga berkata, kerajaan Madani hampir setahun gagal menyelesaikan beras tempatan yang tiada di pasaran.

“Beras harga melambung naik, gula ada di pasaran namun ditukar bungkusan menjadi gula premium dengan meningkat harga sekali ganda, diesel pula melonjak naik,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments