Ticker

6/recent/ticker-posts

KERAJAAN NEGERI LULUS BERIBU LOT TANAH TETAPI KESEDAR TIDAK PROSES

 



GUA MUSANG, 4 Ogos – Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyudin Hassan mendedahkan beribu lot tanah yang sepatutnya menjadi hak milik peneroka tetapi tidak diproses Kesedar.

“Beribu lot tanah diluluskan Kerajan Negeri tetapi Kesedar tidak proses. Tanah itu tanah asal Kesedar, dia minta permohonan untuk diberi kepada rakyat sampai sekarang tidak diberi.

“Saya ada rekod jelas daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan yang menyatakan sebahagian besar masalah tanah rakyat tak selesai ni kerana dilakukan oleh Kesedar, dedah beliau dalam ceramah umum anjuran Perikatan Nasional di Kampung Bertam Baharu malam tadi.

Antara yang didedahkan Takiyudin di RPT Kesedar Limau Kasturi sebanyak 602 permohonan telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Manakala di Sungai Terah sebanyak 1374 permohonan lagi tidak diproses oleh pihak Kesedar.

Ia merupakan masalah yang berlanjutan dengan agensi persekutuan seperti Kesedar yang gagal menjelakan bayaran premium tanah kepada Kerajaan Negeri.

“Banyak kita hadapi masalah dengan agensi Kerajaan Pusat, Kesedar dan sebagainya,” tambah Takiyudin.



Beliau menyarankan pengundi di Nenggiri memilih calon yang sehaluan dengan parti memerintah di negeri dan sebaiknya lagi jika dapat menukar sekali parti memerintah di peringkat persekutuan. 

Post a Comment

0 Comments