Ticker

6/recent/ticker-posts

Kerajaan PH-BN guna Akta Hasutan jaya pendakwaan politik


GUA MUSANG: Kerajaan Madani menggunakan Akta Hasutan 1948 bagi menjayakan pendakwaan politik ke atas pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung PN Dato’ Seri Hamzah Zainuddin berkata, pemimpin PH-BN cuba memperalatkan Akta Hasutan 1948 untuk menutup mulut pemimpin PN daripada bercakap benar.

Katanya, kerajaan PH-BN nampaknya tidak senang apabila rakyat Malaysia mengetahui hakikat apa yang sebenar berlaku.

“Sedangkan apa yang diucapkan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika kempen PRK Nenggiri adalah fakta.

“Hari ini mahkamah menolak permohonan perintah larangan untuk bercakap (gag order) dan menolak permohonan ikat jamin sebanyak RM20,000 oleh pendakwaraya terhadap Muhyiddin,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya.

Kes Muhyiddin disebut di Mahkamah Sesyen Gua Musang hari ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana dianggap melakukan hasutan pada ucapannya sempena ceramah umum ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri di Felda Perasu 14 Ogos lepas.

Prosiding kes itu dikendalikan di hadapan hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri di Mahkamah Sesyen Gua Musang.

Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu merakam ucapan tahniah kepada barisan peguambela yang terdiri daripada Amer Hamzah Arshad, Chetan Jethwani, Dato' Seri Takiyuddin Hassan, Mohd Nasir Abdullah dan Mariana Mat Kudin.

Katanya mereka melaksanakan tugas dengan cekap dan baik sekali.


“Sesungguhnya Bersatu dan PN berdiri teguh bersama Tan Sri Muhyiddin dalam menentang segala kezaliman. 

“Kami bertekad untuk menegakkan idealisme perjuangan demi masa depan Malaysia yang lebih baik dan adil,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments