Ticker

6/recent/ticker-posts

KESENIAN, KEBUDAYAAN DAYA PENARIK PELANCONG KE KELANTAN - EXCO PELANCONGAN

Oleh: Asri Hamat

BACHOK, 5 Ogos- Kesenian dan kebudayaan adalah antara faktor yang menarik pelancong berkunjung ke Kelantan.

Sehubungan itu, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, YB Datuk Kamarudin Md Nor mengakui dua elemen tersebut berkesan menarik pelancong datang ke Kelantan.

"Di antara banyak-banyak perkara yang ingin kita jadikan sebagai "tagline" untuk menarik pelancong datang ke Kelantan adalah kesenian dan kebudayaan, selain daripada makanan dan tempat-tempat menarik yang ada di Kelantan."

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian penutup Festival Kesenian Rakyat Kelantan (FKRK) di Pantai Irama, Bachok pada Sabtu.

Menurut beliau lagi, walaupun kesenian dan kebudayaan di Kelantan terdiri daripada pelbagai kaum dengan kaum Melayu menjadi majoriti, namun kesenian dan kebudayaan kaum lain tetap terpelihara.

"Dengan dasar kebudayaan dan kesenian yang dipupuk oleh Kerajaan Negeri Kelantan tidak menghalang kemajuan kesenian dan kebudayaan kaum minoriti.

"Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang mana Islam menjadi asas pentadbirannya juga tidak menyisihkan sebarang bentuk kesenian dan kebudayaan selagimana ia menepati kehendak syariah", katanya.

Menyentuh berkenaan kehadiran pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan 2024, Ahli Dewan Negeri (ADN) Ayer Lanas itu memaklumkan setakat Jun lalu, seramai 1.5 juta pelancong telah datang ke Kelantan.




Post a Comment

0 Comments