KOTA BHARU: Apabila seseorang tersasul terlalu kerap ia boleh dikaitkan dengan kerosakan tisu otak atau Afasia Broca yang menyelaraskan gerakan pertuturan manusia.
Pakar Psikososio Dr Zulkeflee Yaacob berkata, ia berkaitan dengan saintifik dalam kajian ilmu bahasa atau linguistik.
Katanya, klasifikasi psikolinguistik tentang tingkah laku seiring dengan neurolinguistik iaitu bahasa dalam otak.
“Kedua-duanya subbidang dalam domain makrolinguistik,” katanya di sini hari ini.
Malam tadi viral ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dengan melaungkan ‘hidup Israel’ semasa berpidato di Himpunan Pembebasan Palestin yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Dan hari ini Zahid dilapor memohon maaf atas kekhilafan semasa berucap di perhimpunan tersebut bagi mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, As-Syahid Al Mujahid Ismail Haniyeh.
Dr Zulkeflee juga berkata, pada umumnya bahasa merupakan wahana fikiran dan minda pula kandungan bahasa.
Kata beliau ujaran terganggu disebabkan otak mungkin cedera disebabkan kemalangan, peperangan dan strok.
“Daerah otak yang dikenal pasti terlibat langsung dengan suai gerak pertuturan atau Afasia Broca sinonim kecelaruan bahasa seperti gangguan pemahaman, ayat berlapis dan ulang-ulang serta kosa kata terhad.
“Malah kesan langsung pengidapnya menghadapi masalah pemahaman dan gangguan pertuturan,” katanya.
0 Comments