Ticker

6/recent/ticker-posts

Larian Obor Sg Bakap-Nenggiri semangat kebangkitan rakyat


GUA MUSANG: Perikatan Nasional (PN) menganjur ‘Larian Obor Kemenangan Sungai Bakap ke Nenggiri’ bermula di Pusat Khidmat Adun Sungai Bakap di Sungai Jawi Pulau Pinang semalam. 

Naib Presiden Bersatu Dato’ Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, larian itu sebagai simbolik bagi membawa semangat kebangkitan rakyat bersama PN dari Sungai Bakap ke Nenggiri.

Katanya beliau merakam ucapan terima kasih kepada #SetKito yang menyertai larian tersebut. 

“Ambo tunggu di pusingan terakhir larian sebelum sampai ke 'Grand Finale' di Nenggiri pada Khamis ini,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Turut hadir pada pelancaran larian tersebut Pesuruhjaya PAS Pulau Muhamad Fauzi Yusof, Adun Sungai Bakap Abidin Ismail dan Adun Kulim Wong Chia Zhen.

Program tersebut dianjur Pemuda PN untuk menyemarakkan lagi kesedaran dan cintakan negara untuk PRK DUN Nenggiri di tengah-tengah sambutan Bulan Kemerdekaan. 

Ketua Armada Bersatu Nasional Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal pula berkata, kepimpinan PN Pulau Pinang dan Kedah membantu menjayakan larian tersebut.


“Insya-Allah larian tersebut akan diteruskan ke beberapa checkpoints penting sebelum diserahkan bendera kepada Presiden-Presiden PN di pentas Grand Finale,” katanya. 

#SetKito Pertahan Nenggiri Undi Bulan merupakan pasukan gerak kerja kempen PN di DUN Nenggiri yang melibatkan parti kompenan gabungan terbabit.

Post a Comment

0 Comments