GUA MUSANG: Peningkatan ketara undi kaum bukan Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap baru-baru ini memberi isyarat kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Harapan (PH) semakin tergugat.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff berkata, undi kaum Cina kepada PN meningkat sebanyak 10 peratus, India (35 peratus) dan paling ketara undi orang Melayu.
Katanya, perkembangan yang berlaku itu dianggap sebagai signal rakyat di Pulau Pinang khususnya DUN Sungai Bakap tanpa mengira kaum memprotes kerajaan PH-BN.
“Jadi pengundi DUN Nenggiri perlu menjadikan PRK Sungai Bakap bagi menyuntik semangat untuk meningkatkan lagi jumlah majoriti.
“Pengundi bukan sahaja mengekalkan kemenangan PN di Sungai Bakap, sebaliknya berlaku peningkatan ketara pengundi pelbagai kaum,” katanya pada ceramah di RKT Meranto dekat sini malam tadi.
Turut hadir Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa, ADUN Rembia Datuk Muhamad Jailani Khamis dan calon PN Mohd Rizwandi Ismail.
Menurutnya juga pelbagai isu yang berlaku sekarang membuat rakyat marah terhadap kerajaan Madani.
Katanya juga rakyat di seluruh negara amat mengharapkan PN mengambil alih pucuk pentadbiran negara dari pemimpin yang gagal dan merompak hak rakyat.
0 Comments