Pos Pulat |
GUA MUSANG: Sejak 4 September 2023 harga beras melambung di pasaran dan lebih mendukacitakan lagi beras tempatan sukar ditemui.
Sedangkan situasi itu tidak pernah berlaku sebelum ini biar pun ketika Covid-19 melanda negara pada 2020.
Sedangkan pelbagai formula dilaksana kerajaan Madani, namun harga beras masih tidak turun di pasaran sejak berlaku kenaikan.
Pada Februari lepas Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim yakin harga beras yang dikawal dapat dikurangkan selepas mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).
Namun, sehingga sekarang harga beras masih mahal di pasaran. Ini bermakna hampir setahun kerajaan Madani gagal menyelesaikan isu kenaikan harga beras.
Kenaikan harga beras sehingga lebih 30 peratus lebih membebankan penduduk Orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman.
Seorang penduduk Orang Asli dari Pos Pulat Zulkifli Mat Don, 38 berkata, sejak berlaku kenaikan harga beras September tahun lepas ramai penduduk tertekan.
Sedangkan katanya, sebelum September tahun lepas, mudah didapati beras tempatan dengan harga sekitar RM25 bagi 10 kilogram.
“Namun sekarang beras 5 kg pun di sini harganya hampir RM50. Teruk sangat berlaku kenaikan harga berbanding sebelum ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Pada awal September 2023 syarikat pemborong beras mengumumkan kenaikan harga jualan beras putih dan beras wangi yang berkuatkuasa 4 September 2023.
0 Comments