GUA MUSANG: “Orang kata masuk PAS dapat duit ke?.. mana ada dapat duit, dapat ugutan dengan saman RM100 juta boleh menyebabkan kita bankrap," kata Adun Rembia Datuk Muhamad Jailani Khamis.
Menurutnya selepas menyertai PAS beliau diugut disaman oleh Umno sebanyak RM100 juta dengan tujuan untuk menjadikannya seorang yang bankrap.
Sedangkan katanya beliau membuat keputusan keluar daripada Umno dan menyertai PAS kerana tidak mahu bersubahat dengan pemimpin utama Umno.
Katanya, tindakan pemimpin tertinggi menipu ahli kononnya tidak akan ada kerjasama antara Umno dengan DAP tidak boleh diterima.
“Ketika menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum ini saya dijanjikan oleh beberapa kepimpinan tertinggi Umno tidak akan bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.
"Perkara perjuangan tidak boleh dijual beli tuan-tuan.. kita mesti tegas. Soal perjuangan bukan perkara main-main," katanya pada ceramah Perikatan Nasional (PN) di Meranto dekat sini malam tadi.
Ketika berucap pada perhimpunan agung Umno sebelum ini presiden parti itu Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamid menegaskan ‘No DAP dan No Anwar’.
Jailani juga berkata, beliau tidak sanggup bersekongkol dengan parti yang menyimpang dari dasar sehingga sanggup berkawan dengan DAP.
0 Comments