Ticker

6/recent/ticker-posts

Orang Asli akui Ladang Rakyat ringan beban hidup

GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli mengakui dividen Ladang Rakyat sebanyak RM200 sebulan banyak membantu meringankan bebanan kos sara hidup mereka.

Amir Pandak, 50 berkata, dividen RM200 sebulan yang diterima dapat meringankan beban hidup keluarganya kerana kos sara sekarang meningkat dengan ketara.

Kata beliau bantuan kerajaan negeri itu melalui Perbadanan Kemajuan Ladang Rakyat dapat dimanfaatkan masyarakat Orang Asli.

“Kita berharap kerajaan negeri memnambah lagi jumlah peserta Ladang Rakyat bagi membolehkan lebih ramai penduduk Orang Asli dapat menikmati dividen RM200 sebulan.

"Terima kasih kepada Menteri Besar yang datang mengagihkan dividen Ladang Rakyat kepada setiap peserta," katanya ketika ditemui pada Majlis Pembahagian Dividen Ladang Rakyat di Dewan Serbaguna Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd semalam.

Penyampaian dividen itu membabitkan peruntukan sebanyak RM3.8 juta disampaikan Menteri Besar, Dato' Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud. Program itu merupakan siri ke-65.

Seramai 245 daripada 4,826 peserta Ladang Rakyat terdiri daripada penduduk Orang Asli. 

Ali Sarip, 52 dari Pos Tuel turut berharap kerajaan negeri menambah jumlah peserta Ladang Rakyat dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Ali

"Saya bernasib baik dipilih sebagai peserta Ladang Rakyat, namun berharap lebih ramai kaum Orang Asli disenaraikan sebagai penerima dividen Ladang Rakyat kerana ramai hidup dhaif.

“Sekarang harga barangan keperluan harian meningkat. Bawa duit RM100 hanya boleh beli hanya beberapa barangan sahaja,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments