Ticker

6/recent/ticker-posts

Ustaz Wadi tempat rujukan penduduk kampung

 

GUA MUSANG: Sehingga sekarang lebih lapan tahun Mohd Rizwadi Ismail berbakti kepada masyarakat di Bertam Lama dan Gua Musang. 

Beliau pulang ke kampung isterinya selepas menamatkan perkhidmatan sebagai anggota tentera 

“Penduduk sini panggil namanya sebagai tok imam. Wadi boleh mengajar kitab agama, berceramah dan jadi imam solat.

“Kalau dapat mikrofon berjam-jam boleh kuliah,” kata bapa mertuanya Che Noh, 80 ketika ditemui di rumahnya di Bertam Lama semalam.

Beliau dan isteri tinggal bersama Razwadi sekeluarga di rumah tersebut yang terletak di laluan Limau Kasturi-Jerek.

Lokasi itu terdapat empat rumah milik anak-anaknya yang terletak agak jauh daripada rumah penduduk lain.

Che Noh turut berpendapat menantunya itu mempunyai ketokohan sebagai seorang pemimpin kerana mempunyai ilmu agama dan sering menyampaikan kuliah agama di merata tempat.

Katanya biarpun Rizwadi tidak mendapat pendidikan secara formal dalam bidang agama, namun ketika berkhidmat sebagai anggota tentera beliau mengambil kesempatan menimba ilmu secara sambilan.

“Saya doakan Ustaz Wadi menjadi pilihan penduduk di Dun Nenggiri pada 17 Ogos ini. Setiap malam saya tidak lupa solat hajat dan berdoa semoga ada pemimpin muda yang mampu membela nasib penduduk kampung,” ujarnya.

Perasaan serupa turut diluahkan isterinya Siti Hanisah Jusoh, 80 kerana Ustaz Wadi dekat dengan penduduk kampung.

“Di sini orang panggil namanya sebagai imam. Beliau juga menjadi imam di sekolah tahfiz yang tidak jauh dari sini,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments