Ticker

6/recent/ticker-posts

SUKMA 2024: Kelantan raih tiga pingat emas


Oleh: Saliemin Khesa Ahmad

KOTA BHARU, 20 Ogos – Memasuki hari kelapan Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024 (SUKMA 2024), negeri Kelantan telah mencatat kejayaan cemerlang dengan meraih tiga pingat emas melalui tiga acara yang dipertandingkan.

Pingat emas pertama dimenangi oleh Vijiyara a/l Arumugan dalam acara Karate Kumite 75 kilogram (kg) yang kemudiannya diikuti dengan kemenangan dalam acara Kriket T-20 pada Ahad. 

Menjadi tumpuan utama, kontinjen Kelantan, Sebastian Chung Wan Tan yang juga berjaya menyumbang emas ketiga buat Kelantan menerusi acara Taekwondo (58kg).

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, YB Zamakhshari Muhamad berkata, pihaknya berpuas hati dengan persembahan dan juga semangat kesukanan yang ditonjolkan kontinjen-kontinjen Kelantan pada musim ini.

“Alhamdulillah, semangat dan usaha yang dipamerkan kontinjen-kontinjen kita sangat mengagumkan.

“Setakat ini, kita telah meraih tiga emas, tiga perak, dan tujuh gangsa, menjadikan jumlah keseluruhan 13 pingat.

“Pencapaian ini amat memuaskan walaupun masih banyak acara yang akan dipertandingkan. Kami berharap kontinjen Kelantan akan terus mara ke hadapan,” katanya ketika dihubungi UPKN, hari ini.

Tambah beliau, satu lagi pencapaian membanggakan adalah pingat perak yang dimenangi oleh Alia Batrisya dalam acara lompat jauh wanita dengan catatan 5.73 meter (m).

Sehingga kini, SUKMA 2024 yang melibatkan 37 acara masih memberikan peluang kepada Kelantan untuk memungut pingat emas yang kini berada di tangga ke-14 secara keseluruhan, di bawah negeri Kedah dan Perlis.




Post a Comment

0 Comments