Ticker

6/recent/ticker-posts

Tawaran calon PN tarik perhatian Orang Asli

GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli turut tertarik tawaran calon Perikatan Nasional (PN) kerana mengutamakan kaum mereka sebagai agenda penting.

Tawaran yang diumumkan calon PN baru-baru ini akan memperkasakan peranan Penghulu Orang Asli bagi menyelaras hal ehwal kebajikan masyarakat terbabit.

Selain itu menubuh Pasukan Khas Pendidikan Orang Asli Nenggiri dan melantik pegawai Pusat Khidmat Dun dalam kalangan penduduk Orang Asli.  

Calon PN PRK DUN Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail berkata, perkara itu diluahkan anak-anak muda Orang Asli ketika diberitahu mengenai tawaran calon PN bagi menghadapi PRK Sabtu ini.


Selain itu katanya, anak-anak muda masyarakat Orang Asli turut berharap mereka dilibatkan dalam acara sukan dianjur kerajaan negeri. 

"Mereka berharap acara sukan termasuk sepak takraw, bola sepak Liga Elit Dun yang dianjurkan kerajaan negeri di bawah Urusetia Belia Sukan (U-BeS) dapat disertai mereka," katanya ketika ditemui selepas program ziarah di Pos Pasik petang semalam. 

Turut hadir bersama rombongan jentera kempen PN Senator Dr Wan Martina Wan Yusof dan ahli parlimen Pendang Dato’ Awang Hashim.

Baru-baru ini anggota Exco kerajaan negeri Zamakhsari Muhamad turun padang bermain bola sepak dengan anak muda Orang Asli di Pos Pasik.

Selain itu dianjur Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Dun Nenggiri bersama masyarakat Orang Asli di gelanggang sepak takraw Kampung Jerek.

Rizwadi juga berkata, anak-anak muda Orang Asli berharap ada peluang kerjaya dianjur kerajaan negeri bagi membantu mereka mencari pekerjaan.

"Berkenaan kejohanan bola sepak Liga Elit Dun insyaAllah saya akan berbincang dengan U-BeS supaya turut melibatkan belia Orang Asli.


“Turut disuarakan prasarana lebih baik di penempatan Orang Asli terutamanya jalan sering terputus ketika musim tengkujuh," katanya.

Post a Comment

0 Comments