Ticker

6/recent/ticker-posts

Bot angkut makanan pelajar terbalik di Katibas


KAPIT: Pekan Katibas terletak kira-kira 247 kilometer dari Bandar Raya Kuching. Biar pun terletak jauh di pedalaman terdapat beberapa sekolah di kawasan tersebut. 

Sekolah Kebangsaan Nanga Bangkit terletak di Daerah Kecil Song ditubuh pada tahun 1963. Pelajarnya terdiri daripada penduduk kaum Iban yang mendiami persisiran Sungai Bangkit dan Sungai Katibas.

Selain itu terdapat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Katibas juga terletak di Daerah Song, Daerah Kapit. 

Perjalanan untuk sampai ke sekolah tersebut dari Pekan Song mengambil masa kira-kira 40 minit melalui jalan air menggunakan perahu panjang. 

Pada awalnya dikenali dengan nama SMK Rarong, kemudian nama sekolah itu ditukar kepada SMK Katibas. 

Sungai Katibas merupakan penghubung utama untuk pelajar dan guru datang sekolah tersebut.

Selain itu terdapat SMK Song terletak di muara Sungai Katibas, kira-kira 1 km dari Pekan Song. Sungai Rajang juga menjadi nadi utama penghubung sekolah tersebut dengan tempat-tempat lain.

Seorang penduduk di Karibas Crisstian Moses berkata, daripada dahulu sehingga sekarang pelajar dan guru terpaksa menggunakan Sungai Katibas untuk datang ke sekolah. 

Katanya, Sungai Katibas menjadi penghubung utama kerana kawasan itu belum ada jalan raya sehingga sekarang.


“Bagaimanapun pada Isnin lepas bot panjang yang digunakan mengangkut barang makanan untuk kegunaan pelajar sekolah SRK Lubuk Bedil dan SRK Nanga Bangkit Katibas terbalik di Sungai Katibas Tengah.

“Kejadian malang itu berlaku pada tengah hari, di mana pemandu bot perahu panjang selamat dengan rakan-rakan dan mereka sempat menaiki ke darat,” katanya pada catatan di laman sosialnya. 


Isu utama 

Masalah jalan menjadi isu utama di kawasan pedalaman tersebut yang terletak tidak jauh dari sempadan Kalimatan Barat. Daerah terdekat iaitu Putussibau.

Malah, pada tahun 2014 projek jalan Kapit-Song-Kanowit sepanjang 80.5 kilometer dibina bagi memudahkan penduduk keluar ke pekan dan bandar lain. 

Projek tersebut termasuk pembinaan Jambatan Katibas di bawah Pakej 1, Bahagian C, Fasa 3 Jalan Song-Sungai Yong yang meliputi jarak 5.4 km.

Pembinaan Jambatan Katibas dan jalan tersebut melibatkan kos RM71.5 juta. Projek itu bermula dari persimpangan Jalan Takan dan Kampung Gelam.

Seorang lagi pengguna media sosial berkata, penduduk di Katibas Daerah Kapit sepatutnya bersuara kerana kawasan itu masih ketinggalan tanpa kemudahan jalan.  

“Sudahkah jalan raya Nanga Banjor-Nanga Makut fasa 1 siap atau terbengkalai. Orang Katibas patut bersuara kalau nak maju kehadapan,” katanya.



Post a Comment

0 Comments