Ticker

6/recent/ticker-posts

KEPUTUSAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM LEPASAN STPM, SETARAF DIUMUM ESOK

Oleh: Saliemin Khesa Ahmad

KOTA BHARU, 5 September - Keputusan permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025 di Universiti Awam (UA) bagi lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Matrikulasi, Asasi dan Diploma) akan diumumkan esok, 6 September. 

Menerusi satu kenyataan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan keputusan itu boleh disemak bermula tarikh tersebut pada pukul 12.00 tengah hari sehingga 15 September 2024, pukul 5.00 petang melalui beberapa platform atas talian yang telah disebarkan atau melalui aplikasi UPUPocket di telefon pintar.

Tambahnya, pengesahan persetujuan untuk menerima tawaran juga bermula pada 7  hingga 15 September 2024 di portal rasmi UA yang ditawarkan.

"Hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 6 September 2024, pukul 12.00 tengah hari hingga 15 September 2024, pukul 5.00 petang.

"Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2024/2025 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidsk dibenarkan.

"Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian," demikian menurut kenyataan itu pada hari ini.

Post a Comment

0 Comments