Ticker

6/recent/ticker-posts

PARA SUKMA 2024: KELANTAN SASAR 38 PINGAT KESELURUHAN

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 11 September- Kontinjen Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Kelantan mensasarkan 38 pungutan pingat keseluruhan di temasya Sukan Para SUKMA 2024.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, YB Zamakhshari Muhammad berkata, sasaran tersebut melalui tujuh jenis sukan yang disertai oleh kontinjen Kelantan.

"Pada temasya Para SUKMA 2024 ini, Kontinjen Kelantan akan menyertai tujuh daripada 10 acara sukan yang dipertandingkan dan mensasarkan 38 pingat keseluruhan. Pecahan pingat yang disasarkan adalah 17 pingat emas, 13 pingat perak dan lapan pingat gangsa.

"Tujuh acara sukan yang disertai oleh kontinjen Kelantan ialah olahraga, badminton, ping pong, angkat berat, boccai, catur dan boling padang. Sepuluh acara mensasarkan pingat emas paling banyak ialah angkat berat empat, boccai, catur dan boling padang masing-masing mensasarkan satu pingat emas".

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Jabatan Belia dan Sukan, Panji Kota Bharu, hari ini.

Lawatan itu bertujuan untuk melihat persiapan atlet Para SUKMA Kelantan untuk menghadapi sukan Para SUKMA 2024 yang akan berlangsung di Kuching Sarawak bermula 23 hingga 28 September ini.

Sebanyak sepuluh acara akan dipertandingkan melibatkan 1300 atlet dan 780 pegawai teknikal di 10 buah gelanggang. Kelantan menghantar seramai 48 atlet dan 31 pegawai untuk sukan Para SUKMA tahun ini.

Jelas beliau lagi, semua atlet sangat bersemangat dan persediaan dan latihan berjalan dengan dengan lancar.

"Dalam tempoh berbaki ini, saya harap para atlet berlatih dengan lebih bersungguh-sungguh lagi dan melakukan persiapan dengan sebaik-baiknya.

"Paling penting kita kena berusaha, berdoa dan tawakal. In sha Allah atas semangat nama negeri dan bendera di dada kita buat sungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan," ujarnya.

Menurutnya lagi, rekod pencapaian atlet Para SUKMA Kelantan sebelum ini sangat baik dan tahun ini Kelantan meletak sasaran pada sepuluh terbaik.

"Tahun 2022 kita berada di tempat ke sembilan, dan diharap pada tahun ini kita dapat berada pada kedudukan sepuluh terbaik," katanya lagi. 

Hadir sama dalam lawatan tersebut, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Mohd Saipuddin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Hazri Nizam Zakaria dan Pegawai Khas Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Ahmad Shamsul Azri Abas.




Post a Comment

0 Comments