Oleh: Che Maziah Mat
TUMPAT, 30 September – Sekolah Menengah Ugama (Arab) Bustanus Saadah Morak hari ini, mencipta rekod tulisan tiga juta kalimah Allah sepanjang 310.5 meter dan mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai ‘Longest Watercolour Painting’.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, lakaran terpanjang ini dihasilkan oleh seramai 200 orang pelajar dengan bantuan guru-guru, ibu bapa dan jemaah dari masjid An-Nur Kota Kubang Labu.
“Saya dimaklumkan lukisan hebat ini mengambil masa selama lapan hingga sembilan hari untuk siapkan bermula 22 hingga 30 September iaitu hari ini, menggunakan kertas bermutu tinggi yang diimport dari Itali,
“Manakala yang istimewanya cat yang digunakan menggunakan campuran air zam zam,” katanya semasa Majlis Pengisytiharan dan Anugerah Malaysia Book Of Records Penulisan 3 Juta kalimah Allah disini hari ini.
Tambahnya lagi, peserta yang mengambil bahagian dalam penulisan kalimah Allah ini sentiasa dalam keadaan berwuduk selain menulis sambil berzikir.
Sementara itu, majlis turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Negeri Kelantan, Dato' Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Mudir SMU (A) Bustanus Saadah, Ustaz Wan Fakhrulrazi Wan Mahmood dan wakil dari MBOR, Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi.
Terdahulu, kalimah Allah pertama
kali direkodkan pada tahun 2015 di negeri Terengganu sepanjang 135 meter dan
kedua pada tahun 2023 di Johor sepanjang 177 meter.
0 Comments