Ticker

6/recent/ticker-posts

PENGANJURAN PESTA FLORA 2024 BAWA KELAINAN DAN KREATIVITI

Oleh: Che Maziah Binti Mat

KOTA BHARU, 13 Oktober – Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi, YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, penganjuran Pesta Flora pada kali ini berjaya membawa imej kemodenan dan kreativiti dalam pertanian sekali gus memberi pendedahan baharu kepada pengunjung.


 Jelasnya, festival ini bukan sahaja memeriahkan suasana, tetapi pada masa sama telah membuka mata pengunjung untuk meneroka ilmu florikultur, pertanian, seni tradisi dan budaya yang terdapat di negeri ini.

“Penganjuran festival yang berlangsung selama lima hari, menerima kunjungan lebih 40 ribu pengunjung yang rata-rata hadir untuk meneroka dan menimba ilmu pengetahuan baharu berkaitan pertanian, serta produk-produk industri kecil dan sederhana termasuk produk industri asas tani.

“Dalam pada itu, pengunjung yang hadir juga mendapat pendedahan baharu mengenai kepelbagaian jenis bonsai, orkid yang telah dipamerkan selain dari tujuan jualan kepada para pengunjung,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Pesta Flora Negeri Kelantan Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V Yang Ke 55 Tahun 2024, yang berlangsung semalam.

Post a Comment

0 Comments