Oleh DR ZULKEFLEE YAACOB
SEJARAH kekejaman regim Zionis terlalu menyakitkan minda dan kasus apabila anak-anak, wanita, orang tua dan orang awam dibunuh dengan zalim di luar perikemanusiaan.
Mereka telah melakukan kesilapan apabila menyiarkan rakaman video detik akhir kematian almarhum Yahya Sinwar dengan hasrat untuk memalukan pemimpin Hamas.
Bedah siasat almarhum dilakukan di Institut Perubatan Forensik Abu Kabir dan jenazahnya dipindahkan ke lokasi rahsia.
Hasil bedah siasat janazah didapati terkena peluru di kepala dalam jarak jauh serta serpihan peluru ditemui dalam badannya.
Kematiannya disahkan melalui ujian DNA, rekod pergigian dan cop jari. Malahan Hamas juga mengesahkan bahawa panglima mereka telah terkorban.
Perjuangannya tidak menjadikan rakyat sebagai perisai seperti ditular oleh regim Zionis yang memperkotak-katikkan Yahya konon bersembunyi di terowong sedangkan realitinya beliau iltizam di medan bersama anggota Hamas untuk mengusir kolonial.
Plot pemimpin besar dunia Islam almarhum dipenjara kurang lebih 23 tahun dan dikurung dalam sel di lokasi tanpa cahaya selama 2 tahun.
Ditakuti zionis
Almarhum mempunyai mental yang kuat sekali dan paling ditakuti Israel kerana digelar Singa Palestin.
Sumber medsos memetik kenyataan Netanyahu bahawa Hamas tidak lagi memerintah Gaza pasca kemangkatan almarhum Yahya Sinwar dengan riak dan sombong menokok mereka ‘menahan orang yang diculik mesti dibebaskan agar mereka terus hidup’ sebagai prasyarat menyerahkan jasadnya kepada Hamas.
Sementara sumber berita dari Khalil Al-Hayya menyatakan bahawa Hamas akan meneruskan perjuangan sehingga penubuhan negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqadis sebagai ibu kota.
Meski pun berduka atas kematian komander Mahmoud Hamdan, komander Batalion Tal al-Sultan di Rafah yang bangkit sebagai syahid bersama komander almarhum Yahya Sinwar.
Media Al-Qassam dan Al-Qud melaporkan mereka meratapinya sebagai panglima dan pemimpin besar negara.
Motivasi
Kematian para syuhada membentuk motivasi dan membina ketabahan kental kerana kematian almarhum Yahya Sinwar meningkatkan kekuatan dan kemantapan gerakan entiti Hamas.
Beliau dikenang di seluruh dunia atas jiwa mempertaruh jiwa raga mempertahankan Palestin dan masjid Al-Aqsa.
Hadis Nabi maksudnya “Palestin dan Yahudi berperang pada akhir zaman bahkan pepohonan membantu akan membantu kaum Muslim serta ada Yahudi di belakangnya”.
Ini membuktikan akhir zaman berlaku peperangan sinonim eskatologi atau hari kiamat, iaitu ilmu akhir zaman.
Meskipun ini bukan aturan plot Islam tetapi prinsip tauhid penggabungan anti-Islam oleh entiti dajjal atau antikristus.
Waktu tiba dajal disertai pengikut lalu turun Nabi Isa alaihissalam dan membunuhnya. Golongan bersama dajal akan dibunuh baik Muslim, Kristian dan Yahudi membunuhnya kerana menjadi sekutu musuh Muslim.
Israel licik menjalankan propaganda bahawa Islam anti-Yahudi sedangkan mereka bertahan lebih 1,000 tahun di bawah kekuasaan Islam.
Wacana dibahas oleh intelektual, sarjana, para rabi, ahli falsafah dan ahli teologi yang lahir di bawah kekuasaan Islam dari Iraq ke Mesir, Suriah, Libya, Marocco sehingga Sepanyol.
Komuniti Yahudi bertahan begitu lama bersama Muslim apabila mempunyai pemahaman yang sama dengan Hadis Nabi tersebut.
Meskipun Islam berada di puncak kekuasaan Ottoman yang berkuasa dalam sejarah manusia dari Eropah hingga ke Timur Tengah sampai ke Afrika Utara.
Secara dasar kerajaan Ottoman mempunyai kuasa ketenteraan mampu menyerang dan orang Yahudi hilang dari dunia, namun Muslim melindungi mereka seperti di Yerussalem dan Konstantinopel tempat perkembangan orang Yahudi.
Ketabahan rakyat Palestin, ibu-ibu di Gaza menggenggam tubuh dan cebisan anggota anak-anak mereka sambil mengucapkan syukur kerana kematian syahid sebagai laluan ke syurga.
Firman Allah yang maksudnya, “Pertolongan dari Allah dan kemenangan amat dekat waktunya”.
Masyarakat dunia telah faham dan sedar warga Palestin diperlaku sedemikian rupa, namun keimanan dan ketabahan mereka berjaya menarik simpati masyarakat dunia.
0 Comments