Ticker

6/recent/ticker-posts

Pembinaan ECRL di Kelantan lebih cepat



KOTA BHARU: Projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 43.86 km itu di Kelantan mencapai kemajuan 83.27 peratus sehingga September 2024. 

Pengarah Jabatan Kerjaraya (JKR) Kelantan Ir Nik Soh Yaacob berkata, keseluruhan projek ECRL di Kelantan mendahului di Pantai Timur hasil kerjasama semua pihak.

Katanya, projek ECRL di Kelantan berjalan lancar kecuali pembinaan stesen di Pasir Puteh mengalami sedikit kelewatan disebabkan faktor persekitaran.

“Namun keseluruhan projek akan siap mengikut jadual ditetapkan pada Julai 2026,” katanya kepada media selepas melawat tapak projek ECRL di Tunjong, dekat sini semalam.


Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dilulus kerajaan pada 21 Oktober 2016 ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dan pada 1 November 2016 kabinet meluluskan projek itu kepada syarikat China Communications Construction Company Ltd (CCCC). 

CCCC dianugerah kontrak bagi melaksanakan projek landasan sejauh 688 kilometer menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan.

Namun, selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih teraju kerajaan pusat tercetus perbalahan mengenai kos pembinaannya.

Dan pada 3 Julai 2018 Malaysia Rail Link Sdn Bhd mengarahkan CCCC menghentikan sementara kerja pembinaan biar pun sudah 15 peratus siap ketika itu.

Menurut Ir Nik Soh juga kerja-kerja pembinaan dijangka tidak terjejas walaupun akan berdepan Monsun Timur Laut (MTL) tidak lama lagi.

“Kedatangan MTL dijangka tidak menjejaskan operasi ECRL memandangkan kerja pembinaan struktur sudah disiapkan,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments