Ticker

6/recent/ticker-posts

Prasyarat kewarganegaraan perlu lulus ujian sejarah


KOTA BHARU: Prasyarat kewarganegaraan perlu lulus ujian kognitif dan psikososio termasuk sejarah dan budaya nasional negara.

Pensyarah Psikososio Dr Zulkeflee Yaacob berkata, pemberian taraf kewarganegaraan perlu memenuhi kehendak undang-undang, malah ia mesti diperketatkan demi memelihara identiti negara. 

Kata beliau elemen verbal yakni penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukan sekadar memadai.


Sebaliknya, beliau berkata, perlu mencapai tahap berupaya menyampaikan idea secara berkualiti terutama lisan ketika komunikasi dan interaktif dalam komuniti. 

“Malangnya kebanyakan individu tahap pengetahuan tinggi pada skrol akademik tetapi gagal berkomunikasi baik dari aspek bunyi dan sistem bahasa Melayu,” katanya di sini. 

Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 dibentang di Dewan Rakyat semalam mendapat pandangan kritis daripada ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional (PN). 

Kewarganegaraan di Malaysia melalui Fasal 14 penguatkuasaan undang-undang dibaca bersama Fasal 19 tentang Penaturalisasi masih tertakluk pada Fasal 9 tentang larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.

Selain itu tertakluk pula pada Fasal 3 mengenai Agama Persekutuan, iaitu Islam. Manakala Fasal 1 dan Fasal 2 tentang negeri dan wilayah termasuk Wilayah baharu. 

Oleh itu kata Dr Zulkeflee indikator digunakan untuk mencapai tahap maksimun Rukun Negara khususnya prinsip kesetiaan kepada nusa, raja serta kesopanan dan kesusilaan.

“Sekiranya syarat longgar dan lewa terhadap pemberian kewarganegaraan ia akan menjejaskan jati diri dalam kasus identiti perpaduan dan kedaulatan negara,” ujarnya

Post a Comment

0 Comments