Ticker

6/recent/ticker-posts

KELANTAN BENTANG ENAKMEN KAWALAN HIBURAN DAN TEMPAT HIBURAN PADA KHAMIS - EXCO KERAJAAN TEMPATAN

Oleh: Asri Hamat 

KOTA DARULNAIM, 24 November- Kerajaan Negeri Kelantan akan membentangkan Enakmen Kawalan Hibruan dan Tempat Hiburan yang baharu pada hari ke enam persidangan Dewan Negeri Kelantan untuk diluluskan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Hilmi Abdullah berkata, pembentangan tersebut adalah usaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk menambah baik segala perundangan yang berkaitan dengan kawalan hiburan.

"Kerajaan Negeri Kelantan telah menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal untuk mengkaji tentang Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Kelantan. Insya Allah enakmen yang baharu ini akan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Negeri Kelantan pada Khamis untuk kelulusan. Ia sebagai usaha Kerajaan Kelantan menambahbaik segala perundangan yang berkaitan dengan hiburan.

"Kerajaan Negeri Kelantan juga menyediakan garis panduan baharu yang lebih komprehensif dan praktikal dalam usaha menambah raikan enakmen kawalan hiburan di Kelantan yang telah diterima pakai sejak 1998 lagi", katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Kelantan (ADN) Tawang, YB Harun Ismail di Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan tahun 2024, hari ini.

Menurut YB Hilmi lagi, Kerajaan Negeri Kelantan bukan sahaja mengeluarkan garis panduan larangan hiburan pada malam Jumaat sahaja, bahkan larangan tersebut melibatkan hari dan malam kebesaran Islam seperti Maulidurrasul, malam Israk Mikraj, Nisfu Syaaban, hari pertama Aidil Fitri dan Aidil Adha dan sepanjang bulan Ramadan. Manakala larangan pada malam Jumaat bermula pukul 6.00 petang Khamis sehingga pukul 6.00 petang Jumaat.

"Sekiranya ada pihak yang melanggar syarat dan larangan tersebut akan dikenakan hukuman denda sebanyak RM10,000.00 atau tiga tahun penjara di bawah seksyen 12, enakmen kawalan hiburan dan tempat Hiburan 1998," katanya ketika menjawab soalan tambahan ADN Tawang.

Post a Comment

0 Comments