KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dianugerah tempat ke-433 Bandar Terbaik dalam kalangan 1,000 bandar di dunia," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, dengan anugerah itu MPKB-BRI berada di tangga ke-16 Bandar Terbaik Asia melalui kajian Best Cities Index oleh Oxford Economics Global Index 2024.
Katanya MPKB-BRI juga mendapat Anugerah Khas ‘Champion Of Ease Of Doing Business’ bagi Kelulusan Terpantas Projek Skala Kecil 2024 daripada Ketua Pengarah PLANMalaysia baru-baru ini.
Beliau juga berkata, sebanyak 11 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kelantan berjaya mencapai status Bandar Mampan pada tahun 2024 sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Kelantan (HPBS).
Kata beliau PBT yang memenangi anugerah itu dinilai berdasarkan Sistem Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets).
Menurutnya, ia berdasarkan lima strategi, enam dimensi, 22 tema, dan 51 penunjuk melibatkan 153 PBT di seluruh Malaysia.
"Kesemua 11 PBT di Kelantan mendapat markah melebihi 80 peratus, manakala skor purata bagi Kelantan adalah 83.77 perstus,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kelantan di Bilik Gerakan, Kota Darulnaim semalam.
Selain anugerah bandar mampan, Majlis Daerah Jeli pula melakar rekod buat kali ketiga berturut-turut dinobatkan sebagai Anugerah Bandar Paling Bahagia di Malaysia pada tahun 2020, 2022 dan kedua paling bahagia di Malaysia bagi 2024.
Hilmi juga berkata, Majlis Daerah Jeli juga diiktiraf sebagai Bandar Pelancongan Bersih Asean (Clean Tourist City 2024).
"Kesemua 11 PBT di Kelantan turut diiktiraf sebagai bandar bahagia di Malaysia dengan markah melebihi 80 peratus,” ujarnya.
0 Comments