Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

utama

PELAN MITIGASI BANJIR: JPS SEDIA PISMA-EXCO KERJARAYA

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 25 November – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menyediakan Pelan Induk Sistem Saliran Mesra (PISMA) di Kota Bharu, Tanah Merah, dan Pasir Mas sebagai pelan mitigasi untuk mengurangkan impak banjir.

Menurut Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air, dan Pembangunan Luar Bandar, YB Dato' Dr. Izani Husin, pelan mitigasi ini akan diteruskan pada tahun hadapan melibatkan kawasan lain seperti Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh, Bachok, Jeli, dan Tumpat.

“Pelan ini akan dijadikan rujukan utama dalam menyediakan sistem saliran yang lebih berkesan bagi mengawal banjir secara lokaliti,” katanya semasa sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2025 di Persidangan Kali Ketiga Dewan Negeri Kelantan yang Ke-15, hari ketiga, hari ini.

Selain itu, JPS juga sedang menyediakan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBN) yang bertujuan untuk merangka pelan penstrukturan dan baik pulih sungai, sumber air, serta sistem mitigasi banjir.

Mengulas tentang status Projek Tebatan Banjir Sungai Golok, Dato' Dr. Izani menjelaskan projek ini terdiri daripada tiga fasa. Fasa pertama dijangka siap pada 2026, fasa kedua akan dibuka untuk tender baharu, manakala fasa ketiga baru mencapai empat peratus kemajuan.

“Berdasarkan kajian profesional, apabila projek ini siap, ia dijangka dapat mengurangkan masalah banjir di kawasan tersebut,” tambah beliau.

Berhubung dengan cadangan menaik taraf jalan Biok, Perala, dan Ulu Bertam, Dato' Dr. Izani memaklumkan bahawa permohonan telah dihantar kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan anggaran kos sebanyak RM600 juta.

Untuk pembinaan jalan Cabang Tiga Kedai Buluh ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), beliau berkata perkara tersebut telah dimasukkan sebagai projek utama dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan kos anggaran RM70.5 juta dan kini sedang menunggu kelulusan.

Mengenai status Jambatan Rantau Panjang ke Sungai Golok, Dato' Dr. Izani menjelaskan projek ini masih dalam proses menandatangani Memorandum of Agreement (MOA) antara Kerajaan Malaysia dan Thailand yang dijangka berlangsung pada Disember ini.

“Jika MOA ini berjaya ditandatangani pada Disember 2024, proses tender untuk pembinaan jambatan tersebut akan dimulakan pada bulan yang sama tahun ini,” katanya.

Catat Ulasan

0 Ulasan