Oleh: Norzana Razaly
PASIR MAS, 28 November – Di sebalik banjir besar yang melanda beberapa kawasan di negeri ini, termasuk kediaman beliau sendiri, YAB Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud tetap mengutamakan kebajikan rakyat.
Keprihatinan beliau terserlah apabila terus turun padang membantu mangsa banjir meskipun rumahnya di Kampung Meranti turut tenggelam sejak semalam.
Menurutnya, tanggungjawab terhadap rakyat mendahului segala kepentingan peribadi. Walaupun rumah sendiri tenggelam, semua pemimpin negeri ini tanggungjawab terhadap rakyat terlebih dahulu.
"Banjir yang melanda sejak awal minggu ini telah menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal. Situasi tersebut mencetuskan cabaran besar kepada kerajaan negeri.
“Rakyat adalah keutamaan kita memandangkan situasi banjir sekarang sudah memutuskan laluan darat di beberapa kawasan. Jadi, kita hanya boleh gunakan bot sebagai pengangkutan utama untuk misi bantuan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas memindahkan seorang pesakit strok yang memerlukan bantuan segera ke pusat kesihatan menggunakan bot di halaman rumahnya, hari ini.
Hal sedemikian sudah menjadi lumrah bagi Dato’ Mohd Nassuruddin yang setiap tahun terlibat langsung dalam misi penyelamatan dan penghantaran bantuan kepada rakynat yang terjejas banjir.
Jelasnya, situasi banjir pada zaman mana pun memperlihatkan kesatuan di antara kerajaan negeri, agensi bantuan, dan masyarakat setempat dalam meringankan beban mangsa.
Beliau memohon semua rakyat mendoakan banjir segera surut, dan semua mangsa diberi kemudahan untuk pulih semangat semula.
0 Comments