Ticker

6/recent/ticker-posts

TERIMA KASIH MENTERI BESAR, SELARASKAN GAJI 15 PERATUS PENJAWAT URUS SETIA KERAJAAN NEGERI - PKPN

Oleh: Norzana Razaly

KOTA BHARU, 26 November – Persatuan Pegawai-pegawai Kontrak Kerajaan Negeri Kelantan (PKPN) menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih atas kecaknaan Menteri Besar YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud menaikkan 15 peratus gaji penjawat Urus Setia Kerajaan Negeri.

Isu penyelasaran gaji pegawai kontrak itu dibawa oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Chempaka, YB Nik Bahrum Nik Abdullah dalam sesi perbahasan Belanjawan 2025, semalam.

Presiden PKPN Ahmad Mustapha Ab Azais mewakili seluruh ahli turut menghargai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri (ADN) Chempaka itu dalam melaksanakan perbahasan belanjawan Persidangan Dewan Undangan Negeri Penggal Ke-15.

"Kita amat bersyukur dan berterima kasih kepada YAB Dato' Panglima Perang Menteri Besar dan YB Ahli Dewan Negeri (ADN) Chempaka kerana menghargai khidmat penjawat Urus Setia Kerajaan Negeri yang dibuktikan melalui pelarasan gaji SSPA yang terpakai kepada pegawai lantikan kontrak.

“Peningkatan 15 peratus menyuntik semangat kita untuk terus menjadi ‘tongkat serandang’ kepada kerajaan negeri.

"Insya-Allah PKPN bersedia memainkan peranan signifikan dalam memastikan ahlinya komited meneruskan kelangsungan pelaksanaan gagasan Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI),” ujarnya ketika dihubungi, hari ini.

Post a Comment

0 Comments