Ticker

6/recent/ticker-posts

YIK TERIMA RM8 JUTA SETAHUN HASIL PELABURAN

 
Oleh : Che Maziah Mat

KOTA BHARU, 21 November - Yayasan Islam Kelantan (YIK) menerima pulangan minima sebanyak RM8 Juta setahun hasil daripada pelaburan jangkamasa panjang yang melibatkan pajakan tanah seluas 53,531.47 ekar miliknya. 

Jelas Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat, pelaburan sampingan yang lain seperti pembalakan dan perumahan juga telah memberi pulangan untuk jangka masa pendek.

“Bermula tahun 2019 sehingga 2023, hasil pelaburan YIK yang membabitkan pajakan tanah adalah berjumlah RM60,111,414 manakala pembalakan RM2,100,100 dan juga perumahan berjumlah RM2,851,866.

Kesemua hasil pelaburan ini akan menampung kekurangan sumbangan atau bantuan daripada pihak berkuasa negeri khususnya bagi urusan pengurusan dan juga pembangunan,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan dari Ahli Dewan Negeri Bunut Payong, YB Shaari Mat Yaman semasa Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri, hari ini. 

Tambahnya lagi, bagi keuntungan perniagaan runcit stesen minyak pula adalah meningkat setiap tahun, bermula tahun 2021 (RM254,728), tahun 2022 (RM485,412), tahun 2023 (RM338,671) dan sehingga bulan Oktober tahun ini sudah mencecah sejumlah RM320,359.50.

Post a Comment

0 Comments