Ticker

6/recent/ticker-posts

Ada pihak langgar Enakmen Kawalan Hiburan 2024


KOTA BHARU: Kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap perlanggaran Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2024 yang dilulus Dewan Undangan Negeri November lepas.

Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustz Mohd Nassuruddin Daud berkata, banyak kejadian sebelum ini dilaporkan di media sosial selepas majlis berlaku.

Malah, menerusi pindaan tersebut tindakan tetap dikenakan selepas aktiviti hiburan yang didapati bercanggah dengan enakmen tersebut.

“Sudah berlaku perlanggaran peraturan walaupun kerajaan negeri baru sahaja menggubal enakmen tersebut.  

"Kita sudah ada undang-undang dan kita telah perkemaskan undang-undang baru-baru, insya-Allah kita akan ambil tindakan.

"Perkara itu akan dilaksanakan Januari ini, ini kemas lagi sebab kadang-kadang kita hanya tahu perkara yang sudah lepas," katanya pada Seminar Ketokohan Tok Guru Tan Sri Dato’ Bentara Setia Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di KIAS Nilam Puri di sini hari ini.


Hadir sama Penasihat Institut Pemikiran Tok Guru, Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Dato’ Wan Roslan Wan Hamat.

Menteri Besar menjawab isu itu sebagai mengulas mengenai tular mengenai majlis makan malam di Tanah Merah membenarkan tarian gelek dan seksi yang dihadiri orang Islam.

November lalu DUN Kelantan meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 2024 mengantikan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.

Post a Comment

0 Comments