Ticker

6/recent/ticker-posts

Dapur Rakyat YAM bantu mangsa banjir di Rantau Panjang



SABAK BERNAM: "Hari ini hari mereka, mungkin esok hari kita, kecil bagi kita tapi besar bagi mereka," kata Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor, (YAMCS) Mohd Nizam Idris.

Katanya Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor mengambil inisiatif membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan khusunya di Rantau Panjang. 

"Kutipan dana dan sumbangan makanan amat diperlukan dan dihantar segera ke pusat-pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir," katanya ketika ditemui di Koperasi Muslimah Sabak Bernam, petang semalam. 

Mohd Nizam yang mengetuai 'team kedua' membantu mangsa banjir  bergerak ke Rantau Panjang bersama sebuah kenderaan 4×4 membawa makanan basah seperti ikan dan sayur. Manakala Alza sarat dengan barang-barang makanan kering. 

"Kami daripada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. 

"Kita kongsi rezeki untuk sama-sama menyumbang kepada team Dapur Rakyat Yayasan Amal Malaysia yang beroperasi di Rantau Panjang," katanya. 

Pengarah Division Pengurusan Bencana YAMCS, Abd Rahman Sadikin berada di Rantau Panjang bagi menguruskan operasi Dapur Rakyat.


Beliau bertolak ke Rantau Panjang pada 5 November bersama Ketua Dapur Rakyat yang juga Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Jamuliddin Elias dan 15 relawan YAM. 

Katanya, mereka membawa 400 ekor ayam, bahan-bahan masakan, peralatan memasak dan keperluan lain. Dua lori, dua kenderaan 4x4  dan sebuah van.

"Team Dapur Rakyat akan menyediakan makanan tengah hari dan malam untuk 2,000 orang," katanya. 

Kerja-kerja sosial yang dilaksanakan itu atas dasar tanggungjawab serta amanah sebagai NGO yang bermotto "Berkhidmat Kerana Kemanusiaan, Beramal Kerana Allah".


Yayasan Amal Malaysia akan berusaha menyelaraskan bantuan, relawan serta keperluan lain bagi memastikan tiada mangsa banjir yang keciciran mendapat bantuan.

Bantuan amat diperlukan bagi meringankan kesusahan yang dialami mangsa-mangsa banjir. Hulurkan sumbangan melalui Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor di akaun 5621 0622 2825 Maybank. Ref: Banjir


Post a Comment

0 Comments