Oleh: Asri Hamat
KOTA DARULNAIM, 16 Disember- “Penyertaan lebih daripada 100 petani dari negeri di Pantai Timur mengikuti Seminar Pengukuhan Industri Nanas Pantai Timur 2024 akan dapat memacukan agenda pengukuhan industri nanas di negara ini”, kata Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi, YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.
Menurut beliau, seminar yang berlangsung pada 14 hingga 15 Disember, di sebuah resort di Bachok itu bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penanaman nanas.
"Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penanaman nanas, pemprosesan prudok hiliran berasaskan nanas serta penggunaan teknologi terkini dalam sektor ini.
"Ia juga merupakan satu perancangan masa hadapan Kerajaan Negeri Kelantan dan Lembaga Perindustrian Nanas Negara (LPNM) bagi memperluaskan peluang pertanian nanas, termasuk projek tanaman berkelompok di kawasan tanah terbiar di Jajahan Machang dan Jeli."
Beliau berkata demikian menerusi satu catatan yang disiarkan di laman sosial miliknya pada Ahad.
Menurutnya lagi, matlamat untuk menjadikan industri nanas sebagai pemacu ekonomi dan penggerak pembangunan di Negeri Kelantan akan tercapai dengan wujudnya kerjasama erat antara kerajaan, industri, para petani dan usahawan tempatan dalam industri nanas ini.
Majlis penutup seminar selama dua hari tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah LPNM Malaysia Mohd Kbairuzaman M.Saleh yang turut dihadiri Pengarah LPNM Kelantan Mohd Fauzan Mohd.
0 Comments