Ticker

6/recent/ticker-posts

PETRA ADAKAN LAWATAN KERJA KE LRA BUKIT REMAH

Kredit foto FB Dato' Dr Izani Husin

Oleh: Asri Hamat 

KOTA BHARU, 19 Disember- Ekoran kerosakan Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah serta gangguan cerun, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan lawatan kerja ke LRA tersebut pada Selasa.

Delegasi PETRA diketuai Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Dato' Mohd Norhisyam Musa diiringi Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, YB Dato' Dr Izani Husin dan timbalannya YB Saizol Ismail.

Selain itu, wakil-wakil agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) , Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) juga menyertai lawatan tersebut.

Dalam lawatan tersebut, pihak AKSB telah membentangkan keadaan semasa gangguan pada cerun tersebut akibat pergerakan tanah.

Pihak AKSB juga turut menjelaskan pelan tindakan segera yang akan diambil bagi membaiki dan menstabilkan struktur cerun bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi LRA  tersebut.

Taklimat disampaikan oleh Ketua Jabatan Operasi AKSB, Azlee Aladin @ Azhar.

Dato' Dr Izani menerusi catatan di media sosial miliknya pada pada Rabu, merakam penghargaan dan terima kasih kepada PETRA dan semua agensi yang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan dalam usaha untuk menangani permasalahan tersebut.



Post a Comment

0 Comments