Ticker

6/recent/ticker-posts

Kor SISPA platform terbaik pupuk semangat kesukarelawanan



SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dr. Huzili Hussin, menerima watikah pelantikan sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam).

Watikah itu membawa gelaran Komandan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) UMK.

Majlis pemakaian watikah pelantikan disempurnakan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kelantan, Kol. (PA) Mohd Adzhar Mujab sempena Majlis Perhimpunan Setia, Amanat Tahun 2025, serta Penyampaian Watikah, Pangkat dan Reben Perkhidmatan APM Negeri Kelantan di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu, di sini semalam.

Selain itu, lima Pegawai Bersekutu/Kehormat Kor SISPA UMK turut menerima Reben Dekad Platinum.

Mereka iaitu mantan Komandan Kor SISPA UMK, PPj. Kehormat (PA) Prof. Dato’ Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Timbalan Komandan Kor SISPA UMK Left. Kol (PA) Prof. Madya Dr. Zulhazman Hamzah, Kapten Bersekutu (PA) Raja Azlan Raja Ismail, Kapten Bersekutu (PA) Mohd Fadli Mohd Zain, Kapten Bersekutu (PA) Mohd Tarmizi Mohd Yusoff, dan Kapten Bersekutu (PA) Nor Azlina Kamaruddin.



Menurut Dr Huzili pelantikan itu merupakan satu amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

"Kor SISPA merupakan platform terbaik untuk memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa UMK. 

"Pendekatan dan kemahiran yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Kor SISPA, khususnya dalam bidang pertahanan awam, memberi nilai positif serta pembangunan sahsiah diri siswa dan siswi UMK," katanya.

Beliau juga berkata, Kor SISPA boleh menjadi salah satu cabang kerjaya bagi mahasiswa selepas bergraduasi.

Post a Comment

0 Comments