SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan terus mengekalkan tradisi meraikan anak perantau dengan menganjurkan majlis khas sempena Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, kerajaan negeri tidak pernah melupakan rakyat Kelantan yang berada di luar negeri.
"Setiap kali Ramadan, pimpinan kerajaan negeri akan ‘temu mato’ dengan warga perantau. Begitu juga sempena Aidilfitri, malam hari raya kedua dikhaskan sebagai malam bermahabbah bersama mereka," katanya selepas mesyuarat Majlis Iftor & Make Ccolek Pimpinan Kerajaan Negeri dan Anak Kelantan di perantauan di MABNA di sini semalam.
Menurutnya, lokasi bagi penganjuran program tersebut akan dimaklumkan kemudian.
Oleh itu beliau berharap program tersebut dapat mengeratkan hubungan antara pimpinan negeri dan anak-anak Kelantan di perantauan.
0 Comments