Ticker

6/recent/ticker-posts

KELANTAN-NARATHIWAT BINCANG PENGANJURAN SUKAN MUHIBBAH

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: FB YB Zamakhshari Muhamad

KOTA DARULNAIM, 11 Februari - Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik cadangan penganjuran Sukan Muhibbah Kelantan-Narathiwat, Thailand yang dijadualkan berlangsung pada Mei tahun ini.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhammad berkata Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik cadangan  itu dan akan memberi komitmen penuh bagi menjayakan penganjuran sukan tersebut.

Acara seperti ini bukan sahaja dapat memupuk semangat kesukanan tetapi juga mengeratkan lagi hubungan baik antara rakyat Kelantan dan Narathiwat yang telah terjalin sekian lama," catatnya menerusi laman sosial, hari ini.

Bagi tujuan pelaksanaan, beliau menerima kunjungan hormat delegasi negara jiran yang diketuai Presiden Kebudayaan Narathiwat Mano Wariwanich bersama bekas wakil rakyat Wilayah Narathiwat, Anant Matming dan Pakrurazee Saleh serta Pegawai Sukan Wilayah Narathiwat Sitthichote Dueramae di Mabna, hari ini.

Menurut YB Zamakhshari, perbincangan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan penuh kerjasama, dengan kedua-dua pihak berkongsi pandangan mengenai acara sukan yang akan dipertandingkan, lokasi penganjuran serta penyertaan atlet dari kedua-dua wilayah.

Selain itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai budaya serta peluang kerjasama dalam pelbagai bidang yang boleh memberi manfaat bersama.

"Diharapkan perbincangan ini dapat diterjemahkan ke dalam tindakan dan Sukan Muhibbah ini menjadi acara tahunan yang akan terus mengukuhkan hubungan antara Kelantan dan Narathiwat," ujarnya.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, YB Zamakhshari Muhammad



Post a Comment

0 Comments