Ticker

6/recent/ticker-posts

Pendidikan kunci kejayaan masa depan pelajar


SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Ibu bapa diingatkan  memberi tumpuan terhadap pendidikan  anak-anak bagi mengelak mereka mudah terpengaruh dengan anasir tidak sihat. 

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pendidikan  juga sebagai kunci kejayaan masa hadapan pelajar itu sendiri.

“Perkara paling penting anak-anak perlu mendapat pendidikan sehingga ke peringkat lebih tinggi kerana ia boleh menentukan masa hadapan mereka.

"Berkorbanlah untuk masa depan anak-anak agar mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi membentuk jati diri mereka,” katanya pada majlis Kembali Ke Sekolah peringkat Parlimen Kota Bharu, di sini semalam. 

Seramai 300 pelajar menerima sumbangan kelengkapan sekolah  yang bernilai RM100 setiap seorang.

Hadir sama Adun Bunut Payong, Shaari Mat Yaman dan pemimpin masyarakat tempatan serta ibu bapa pelajar.

Takiyuddin juga berkata, program tersebut diharap memberi manfaat khusus kepada mereka yang tidak menerima bantuan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen Kota Bharu. 


Menurutnya juga harga kelengkapan sekolah sekarang bukan lagi murah dan ia membebankan keluarga yang berpendapatan rendah.

Post a Comment

0 Comments