Oleh: Norzana Razaly
KOTA DARULNAIM, 4 Februari – Loji solar terapung di Danau Tok Uban (DTU), kini beroperasi sepenuhnya selepas mencapai tarikh operasi komersial (COD) bagi baki 30MWac di DTU1 pada 31 Januari lalu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hjau, Digital dan Inovasi YB Dato' Wan Roslan Wan Hamat berkata sebelum ini, loji kembarnya, DTU2 dengan kapasiti 30MWac telah mencapai COD pada 7 Januari lepas.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hjau, Digital dan Inovasi, YB Dato' Wan Roslan Wan Hamat |
Katanya, dengan kejayaan tersebut, fasiliti solar terapung berkapasiti gabungan 60MWac kini mula membekalkan tenaga bersih kepada grid nasional.
“Kejayaan ini menandakan penyelesaian semua projek yang pada asalnya dijadualkan siap pada akhir tahun 2021 tetapi tertangguh akibat pandemik COVID-19 dan banjir.
“Terima kasih Kelantan Utilites Mubaarakan Berhad dan Cypark Resources Bhd atas komitmen yang tinggi bagi menjayakan projek teknologi hijau di Kelantan,” ujarnya, ketika dihubungi, hari ini.
Beliau juga menasihati orang ramai agar tidak menghampiri pada jarak 10 meter dari pulau solar tersebut bagi mengelakkan kerosakan dan risiko yang tidak diingini.
0 Comments