Ticker

6/recent/ticker-posts

Murid PASTI di Kelantan meningkat 4 peratus


SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Berlaku peningkatan hampir empat peratus jumlah keseluruhan murid yang mengikuti pendidikan awal di PASTI di seluruh Kelantan bagi sesi 2025/2026.

Minggu pertama sesi persekolahan 2025/2026 mencatatkan seramai 15,688 murid mendaftar di seluruh kelas PASTI di Kelantan. 

Setiausaha PASTI Negeri Mohd Afif Rabbani Abdullah berkata, pertambahan jumlah murid menunjukkan PASTI semakin mendapat keyakinan dan kepercayaan ibu bapa sebagai medium pendidikan awal anak-anak mereka. 



Katanya keyakinan ibu bapa hasil daripada penambahbaikan yang sentiasa dilaksanakan pengurusan PASTI dalam beberapa aspek termasuk silibus, pelaksanaan pdp dan sistem latihan guru. 


Sementara itu, Pengarah PASTI Kelantan, Ustaz Mohamad Kamal  Mohamed merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memilih PASTI sebagai lokasi pendidikan awal anak-anak mereka. 

Katanya PASTI sudah mencapai usia 40 tahun mampu bertahan sehingga sekarang antaranya kerana sokongan berterusan ibu bapa. 

Di seluruh Kelantan sekarang terdapat sebanyak 331 premis PASTI.

Post a Comment

0 Comments