Ticker

6/recent/ticker-posts

Alumni Al-Azhar main peranan penting sebagai pemikir



SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Mantan Menteri Besar Kelantan,  Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob menerima Anugerah Perdana Tokoh Alumni Al-Azhar Malaysia 2025.


Penganugerahan itu disampaikan sempena Sambutan Hari Al-Azhar Sedunia 2025M/1446H yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan baru-baru ini. 


Anugerah berprestij itu disampaikan Duta Besar Republik Arab Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr pada majlis dianjurkan Rabithah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia).


Ustaz Ahmad menzahirkan penghargaan atas pengiktirafan tersebut serta menegaskan anugerah itu bukan sekadar penghormatan peribadi.


Sebaliknya ia merupakan amanah besar untuk meneruskan legasi keilmuan dan kepimpinan Islam yang diperjuangkan Al-Azhar al-Sharif.


“Keilmuan, kefaqihan dan akhlak yang diperoleh bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi mesti dimanfaatkan untuk kebaikan ummah,” ujarnya.



Beliau juga berkata,  alumni Al-Azhar perlu memainkan peranan penting sebagai pemikir, pemimpin dan pendidik dalam membawa mesej Islam.


Ujar beliau, badan itu diharap menjadi solusi kepada permasalahan ummah dalam pelbagai aspek sosial, ekonomi dan kemanusiaan sejagat


Sambutan Hari Al-Azhar Sedunia diadakan bagi memperingati sejarah Universiti Al-Azhar yang berusia lebih 1,084 tahun.

Post a Comment

0 Comments