Ticker

6/recent/ticker-posts

Anak ulama terkenal meninggal dunia



KOTA BHARU: Anak ulama tersohor di Kelantan Tuan Guru Abdullah Tahir meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian semalam. 


Allahyarham Rasidi Abdullah atau lebih dikenali Ayoh Di menghembuskan nafas terakhir pada usia 78 tahun.


Allahyarham seorang tokoh yang dihormati, khususnya dalam kalangan warga Madrasah Ahmadiah (Pondok Bunut Payong). 


Arwah merupakan antara tonggak utama dalam usaha membangunkan Madrasah Ahmadiah serta Sekolah Menengah Ugama (Arab) Sullamiah, yang terletak bersebelahan kediamannya. 


Adun Bunut Payong Shaari Mat Yaman berkata, sumbangan dan jasa arwah dalam dunia pendidikan Islam amat besar dan akan terus dikenang.



"Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang soleh serta para syuhadah," katanya selepas menziarahi jenazah Allahyarham di rumahnya di Bunut Payong.


Hadir sama Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan pimpinan masyarakat tempatan. 


Tuan Guru Abdullah Tahir seorang ulama berpengaruh selepas era Tok Kenali. Beliau mengasas Madrasah Ahmadiyah atau Pondok Bunut Payung  yang meruapakan pondok terbesar di Kelantan pada era 1940-an sehingga 1960-an.

Post a Comment

0 Comments