SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Penduduk Gaza terus berdepan penderitaan apabila perang kembali meletus dengan kemusnahan amat dahsyat, sekali gus menyukarkan mereka mendapatkan makanan dan keperluan asas.
Sehubungan itu, Gabungan NGO Suara Gaza kini giat melaksanakan program bantuan iftar setiap hari dengan menyediakan roti kosong atau nasi serta penyediaan air bersih bagi membantu penduduk di Gaza.
Menurut Pengerusi Suara Gaza, Nazri Deraman, sumbangan iftar amat bermakna kerana penduduk Gaza hanya bergantung kepada bantuan luar akibat sekatan yang dikenakan ke atas mereka.
“Sekiranya sumbangan diterima sebelum jam 6 petang, Insya-Allah pihak kami akan melaksanakan agihan pada hari yang sama di Gaza,” katanya di sini
Kata beliau, penyumbang yang mengemukakan resit sumbangan melalui aplikasi WhatsApp akan diberikan laporan bergambar sebagai bukti pelaksanaan program, selain nama mereka akan dipaparkan semasa agihan bantuan.
Laporan harian misi bantuan tersebut boleh diikuti menerusi Channel Suara Gaza di pautan berikut:
https://whatsapp.com/channel/0029VaszhED2ER6ZFm6YLk3M
"Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan melalui Gabungan NGO Suara Gaza ke akaun Pertubuhan R Kelantan 03120010000318 (Bank Islam) atau hubungi 013-9811605 untuk maklumat lanjut.
“Semoga sumbangan ini menjadi asbab keberkatan dalam bulan Ramadan yang mulia ini,” katanya.
Jelas Nazri lagi, pihaknya berjaya melaksanakan misi bantuan hampir setiap hari bermula hari kedua perang sehingga kini
Beliau turut memberitahu Gabungan NGO Suara Gaza merupakan sebuah gabungan NGO yang dari beberapa buah negara selain Malaysia, iaitu Indonesia, Brunei Darussalam, Burma, Thailand dan Palestine sendiri.
0 Comments