Oleh Norzana Razaly
Kredit foto: Unit Media Exco
KOTA DARULNAIM, 13 Mac – Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn. Bhd. (BTC), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri bioteknologi kesihatan dengan memperkasa pengeluaran produk berasaskan kelapa dara.
Sehubungan itu, Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail berbesar hati menerima kunjung hormat daripada pihak pengurusan dan pemasaran BTC di Mabna, hari ini.
Menurut Dato’ Tuan Mohd. Saripudin, perbincangan strategik dua hala tersebut tertumpu kepada usaha memperluaskan sektor industri agromakanan berasaskan kelapa dara, termasuk penerokaan pasaran baharu dan inovasi produk kesihatan serta makanan tambahan.
"Harapan saya, pertemuan ini akan membuka lebih banyak peluang perniagaan serta dapat menjana pekerjaan baharu kepada masyarakat," katanya.
Sementara itu, Pengurus BTC, Adyani Muhammad memaklumkan bahawa BTC menerusi jenama Nutrifera terus komited dalam menghasilkan pelbagai produk berasaskan minyak kelapa dara, yang terbukti berkhasiat dalam meningkatkan metabolisme dan sistem imunisasi badan.
“Antara produk utama Nutrifera ialah Kopi Minyak Kelapa Dara, yang diformulasi dengan minyak kelapa dara serta kopi Arabika berkualiti tinggi. “Kopi ini kaya dengan antioksidan yang mampu membantu mengurangkan risiko penyakit kronik, termasuk kanser.
“Sebarang pertanyaan mengenai produk Nutrifera boleh diajukan melalui pautan http://www.wasap.my/601110785551/Nutrifera,” jelasnya.
0 Comments