SALMAH MAT HUSAIN
PASIR MAS: EDOTCO Malaysia menerusi Program Zakat Wakalah berusaha merapatkan jurang digital dengan membantu menaik taraf sebuah makmal komputer di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Diniah Meranti.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EDOTCO, Adlan Tajudin berkata, usaha itu bertujuan memastikan pelajar dapat akses kepada teknologi yang mampu memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka.
“Makmal komputer ini dinaik taraf dengan komputer baharu, projektor serta perabot moden bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan berdaya saing,” katanya di sini.
Beliau berkata, kemudahan yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya pelajar agar mereka lebih bersedia menghadapi cabaran dunia digital dan mampu bersaing dalam era globalisasi.
“Inisiatif ini diharap menjadi titik permulaan kepada lebih banyak usaha untuk membangunkan generasi berilmu, celik teknologi dan berdaya saing,” ujarnya.
Sementara itu EDOTCO akan menganjurkan sesi perkongsian literasi digital bersama guru bagi membekalkan mereka kemahiran penggunaan bahan pengajaran digital.
0 Comments