Ticker

6/recent/ticker-posts

Rakyat Kelantan dinasihat elak berkunjung ke selatan Thailand

 


SALMAH MAT HUSAIN

PASIR MAS: Rakyat Kelantan dinasihat tidak berkunjung ke selatan Thailand dalam masa terdekat sehingga situasi benar-benar selamat susulan insiden tembakan dan letupan bom di Sungai Golok malam Sabtu lepas.


Menteri Besar Dato' Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud, berkata langkah itu perlu diambil melainkan bagi mereka yang mempunyai perkara penting tidak dapat dielakkan.


Katanya, amat wajar perkara itu dapat ditangguh seketika bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.


"Sebaiknya kita patuhi nasihat pihak berkuasa sebagai mana disampaikan Ketua Polis baru-baru ini yang menasihati orang ramai supaya menangguh dahulu berkunjung ke negara terbabit.


"Kalau tidak ada urusan penting elaklah dahulu ke sana  buat sementara waktu," katanya selepas menghadiri Majlis Ihya' Ramadan & Penyerahan Dana Zakat Wakalah di Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Tarbiah Diniah Meranti, di sini hari ini. 



Sempena majlis itu EDOTCO Malaysia menyampaikan sumbangan komputer riba serta menaja projek baik pulih makmal komputer di SMU (A) Tarbiah Diniah dengan kos keseluruhan bernilai RM70,000.  Selain itu menyampaikan sumbangan kepada 50 asnaf.


"Kita difahamkan ramai antara pengunjung ke pekan Sungai Golok untuk tujuan membeli juadah di bazar dan berbuka puasa. 


"Namun begitu, di negeri kita juga terdapat banyak pilihan lokasi bazar Ramadan selain diyakini selamat," kata menteri besar.

Post a Comment

0 Comments