Ticker

6/recent/ticker-posts

Exco agih juadah berbuka di hospital



SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab ll dan orang ramai menerima 200 pek juadah berbuka puasa semalam. 


Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Rohani Ibrahim berkata,  sumbangan terbabit turut disampaikan  kepada keluarga yang menunggu pesakit di Anjung Kasih.


Katanya mereka juga turut menerima sumbangan kuih raya. 


"Program ini merupakan inisiatif bagi menyantuni masyarakat setempat di samping memupuk budaya prihatin dan semangat kesukarelawan.


"Penjaga pesakit juga kita turut santuni bagi meringankan bebanan mereka serta emosi kerana lama menjaga pesakit," katanya.



Turut hadir Pengarah U-KeKWa, Ilvira Mohd Dasuki dan Pengarah HRPZ II   Dr Izamin Idris serta kakitangan Anjung Kasih.


Rohani turut memuji langkah HPRZ II menyediakan ruang untuk menempatkan keluarga pesakit yang ditempatkan di wad.


Katanya, keluarga berpendapatan rendah, tinggal jauh amat memerlukan penginapan seperti itu. 


Anjung Kasih HRPZ II merupakan cawangan ke-19 yang diwujudkan di seluruh Malaysia, berkonsep penginapan selesa, selamat dan berkualiti.

Post a Comment

0 Comments