![]() |
Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan |
Oleh: Norzana Razaly
KUANTAN, 22 Mac – Mahasiswa khususnya anak Kelantan, diseru menguasai ilmu melalui kecemerlangan akademik dan melengkapkan diri dengan kemahiran kepimpinan dalam masyarakat.
Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan menekankan kepentingan menyeimbangkan kejayaan akademik dengan peranan sebagai pemimpin yang berakhlak dan beradab.
"Selain berjaya dalam pelajaran, mahasiswa perlu berjaya juga sebagai pemimpin masyarakat. Tunjukkan contoh yang baik," ujarnya dalam Majlis Iftar Ramadan anjuran PERAKAN Malaysia Cawangan Kuantan di Green Garden Event Space, di sini, pada Jumaat.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh keberkatan itu mengambil ibrah daripada peristiwa Nuzul al-Quran dan Badar al-Kubra, sebagai pedoman kepada mahasiswa untuk mengamalkan kepimpinan berteraskan nilai Islam dalam kehidupan seharian.
Turut hadir, Ahli Dewan Negeri (ADN) Gaal YB Mohd Rodzi Ja’afar, ADN Pengkalan Pasir YB Mohamad Nasriff Daud Yatimee dan Pengarah Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan Razuan Awang Hamad.
0 Comments