Ticker

6/recent/ticker-posts

MENTERI BESAR KELANTAN MULAKAN RAMADAN DENGAN TAZKIRAH BUAT WARGA KOTA DARULNAIM

Oleh: Norzana Razaly
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar

KOTA DARULNAIM, 2 Mac – Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud, memulakan hari pertama Ramadan dengan menyampaikan Tazkirah Ramadan kepada warga Kompleks Kota Darulnaim.

Program tazkirah harian tersebut  dijadualkan sepanjang bulan suci ini sebagai satu inisiatif membudayakan pengisian rohani dalam kalangan penjawat awam negeri.

Menurut beliau, sesi tazkirah akan diadakan setiap hari bekerja secara bergilir-gilir oleh saf Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai kerajaan negeri.

Dalam tazkirah tersebut beliau berkongsi tentang keistimewaan Ramadan, khususnya peluang melipat ganda amalan soleh.

"Antara kelebihannya ialah satu malam dalam 10 malam terakhir Ramadan yang lebih baik daripada 1,000 bulan.

"Ini merupakan anugerah besar yang tidak wajar disia-siakan untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT," katanya.

Beliau turut menyeru seluruh penjawat awam dan rakyat Kelantan agar memanfaatkan bulan penuh rahmat ini sebagai medan untuk berubah menjadi hamba Allah yang lebih bertakwa.

"Semoga setiap amalan yang kita lakukan diterima oleh-Nya dan menjadi bekalan untuk kehidupan yang lebih diberkati," ujarnya.

Post a Comment

0 Comments